PERBEZAAN ANTARA ABSORBER JENIS MINYAK & GAS


Shock Absorber" jenis ‘Minyak’ kebiasaanya digunakan oleh kenderaan yang "standard" di mana penggunaannya tidak lasak. Absorber jenis minyak agak lembut tapi boleh dikeraskan dengan melakukan“injection”. Jika "Shock Absorber" jenis minyak ini bocor.

Ia mudah dikesan kerana minyaknya akan keluar dan menyebabkan "suspension" kereta terhentak dengan agak kuat. Bagi mereka yang suka memandu secara santai ianya amat sesuai. Harga pun agak murah berbanding dengan "Shock Absorber" jenis Gas.

"Shock Absorber" jenis ‘Gas’ agak ‘keras’ sedikit jika dibandingkan dengan jenis Minyak. Kebiasaannya digunakan oleh kenderaan yang penggunaannya agak lasak dan pemanduan yang mementingkan kelajuan dan keselesaan dan juga kepada mereka yang suka layan ‘Cornering’. Itupun bergantung kepada "setup suspension" kereta kita… 

Kalau kereta kita kerap membawa muatan 'load' yang agak berat atau penumpang yang ramai, memang sesuai la gunakan "Shock Absorber" yang jenis Gas ni. Kalau berlaku kerosakan seperti "leaking", ianya mudah dikesan sebab akan ada juga lelehan minyak yang keluar dan sistem suspensi menjadi lembut dan kereta terhentak dengan kuat. Minyak yang ada di dalam "Shock Absorber" jenis Gas ni bertindak sebagai bahan pelincir untuk besi piston "Strut" nya turun dan naik.

Ulasan